• 沒有找到結果。

1863 颜淑芬20180606144733

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "1863 颜淑芬20180606144733"

Copied!
14
0
0

加載中.... (立即查看全文)

全文

(1)

MENULIS

KARANGAN

JENIS PENDAPAT

Disediakan oleh: cikgu gansh

(2)

TAJUK

Usaha yang proaktif dan berterusan perlu

dilakukan untuk membantu golongan orang

kurang upaya (OKU) supaya kebajikan mereka

terbela. Huraikan

langkah-langkah

yang harus

diambil untuk membantu golongan ini.

(3)

PENDAHULUAN

Perenggan pendahuluan mestilah ada

Ayat

Rangsangan

(AR)

Ayat terakhir pada perenggan

pendahuluan mestilah ayat

Bayangan Isi

(4)

PENDAHULUAN

Di negara kita, golongan orang kurang upaya

(OKU) masih kurang terbela nasibnya berbanding

dengan golongan OKU di negara-negara maju

(AR1).

Keadaan ini menyebabkan golongan ini ketinggalan

daripada arus pembangunan dan dianggap sebagai

warganegara kelas kedua

(AR2).

Oleh itu, perlu ada

usaha secara proaktif dan konsisten untuk membantu

golongan ini supaya mereka dapat berdiri sama tinggi

dan duduk sama rendah dengan insan yang sempurna

(BI)

.

(5)

ISI

Guna teknik 5W + 1H

Setiap perenggan isi mesti ada

Ayat

Topik

(AT),

Ayat Huraian

(AH),

Ayat

Contoh

(AC) dan

Ayat Penegas

(AP)

(6)

CONTOH – ISI 1

Ayat Topik

(AT)

Apakah langkah yang harus diambil?

•Pihak berkuasa dan swasta menyediakan

prasarana yang mencukupi kepada golongan ini di semua tempat

Ayat Huraian

(AH)

Mengapakah perlu disediakan?

•memastikan golongan ini mudah menjalankan urusan mereka

Ayat Contoh

(AC)

Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU?

•Menyediakan prasarana di tandas ,tempat meletak kereta , laluan khas dan lain-lain

Ayat Rumusan

(AR)

Apakah kesan?

(7)

CONTOH PERENGGAN ISI

Satu daripada langkah yang harus diambil oleh pihak berkuasa dan pihak swasta ialah menyediakan prasarana awam yang mencukupi kepada golongan ini di semua tempat (AT). Hal ini dikatakan demikian kerana penyediaan prasarana ini dapat memastikan golongan ini mudah menjalankan urusan mereka di mana-mana tempat pada bila-bila masa sahaja (AH1). Sebagai

contohnya, pihak yang berkenaan boleh menyediakan prasarana awam seperti tandas khas, tempat meletak kereta khas, laluan khas dan lain-lain supaya mereka ada peluang untuk menggunakannya (AC). Oleh itu, kemudahan-kemudahan ini

haruslah disediakan agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa (AP).

(8)

ISI 2

Ayat Topik

(AT) Apakah langkah yang harus diambil?Pihak berkenaan menyediakan pusat pembelajaran yang khusus kepada golongan ini

Ayat Huraian

(AH)

Mengapakah perlu disediakan?

•pusat pembelajaran ini membolehkan golongan ini belajar mengikut keupayaan mereka tanpa perlu bersaing dengan insan yang sempurna. Ayat Contoh

(AC) Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU?

•bermula dari tadika hinggalah pusat pengajian tinggi

Ayat Rumusan

(AR)

Apakah kesan?

•Masa depan dan kehidupan mereka dapat dijamin

(9)

CONTOH PERENGGAN ISI

Selain itu, pihak berkenaan haruslah menyediakan pusat pembelajaran yang khusus kepada golongan ini (AT). Hal ini dikatakan demikian kerana pusat pembelajaran ini membolehkan golongan ini belajar mengikut keupayaan mereka tanpa perlu bersaing dengan insan yang sempurna (AH1). Sebagai contohnya, pusat pembelajaran khas ini haruslah bermula dari tadika hinggalah pusat pengajian tinggi (AC). Dengan adanya pusat-pusat pembelajaran ini, golongan OKU dapat menerima sukatan pelajaran yang bersesuaian dengan mereka (AH2). Oleh itu, pusat pembelajaran khusus haruslah disediakan supaya masa depan dan kehidupan mereka dapat dijamin (AP).

(10)

ISI 3

Ayat Topik

(AT) Apakah langkah yang harus diambil?•Pihak berkuasa dan swasta memberikan pelbagai bantuan

kewangan

Ayat Huraian

(AH)

Mengapakah perlu disediakan?

•hal ini penting bagi mengelakkan golongan ini menjadi pengemis untuk meneruskan kehidupan mereka.

•dapat meringankan beban dan mendapatkan rawatan segera apabila sakit

Ayat Contoh

(AC) Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU?•membeli peralatan dan membiayai rawatan mereka Ayat

Rumusan (AR)

Apakah kesan?

•Bantuan kewangan yang diberikan dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa

(11)

ISI 4

Ayat Topik

(AT)

Apakah langkah yang harus diambil?

•Pihak berkaitan menyediakan tempat tinggal kepada

golongan ini

Ayat Huraian

(AH)

Mengapakah perlu disediakan?

•aktiviti pemantauan mudah dilaksanakan bantuan secara konsisten dapat dihulurkan

Ayat Contoh

(AC)

Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU? •Menyediakan sebuah kawasan untuk membina rumah yang sesuai dan mempunyai kelengkapan yang sempurna

Ayat Rumusan

(AR)

(12)

ISI 5

Ayat Topik (AT)

Apakah langkah yang harus diambil?

Memberikan peluang kepada golongan ini untuk mengembangkan potensi diri mereka dalam pelbagai bidang

Ayat Huraian

(AH)

Mengapakah perlu disediakan?

•Sesetengah OKU mempunyai kemahiran dan pengetahuan

yang luas

•mereka dapat menyalurkan kebolehan mereka untuk kebaikan masyarakat

Ayat Contoh

(AC)

Bagaimanakah langkah untuk membantu golongan OKU?

•pendidikan, sukan, politik dan lain-lain Ayat

Rumusan (AR)

Apakah kesan?

•Membantu masyarakat dan negara mencapai kemajuan

(13)

PENUTUP

Perenggan penutup haruslah mempunyai

Ayat Penyimpul (AP),

Ayat Cadangan (AC) dan

Ayat Harapan (AH)

(14)

PERENGGAN PENUTUP

Kesimpulannya / Konklusinya / Secara tuntasnya, langkah-langkah yang berkesan haruslah diambil untuk membantu golongan OKU

(AP).

Dalam hal ini, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk membela nasib mereka

(AC).

Mereka harus dibela supaya mereka tidak terpinggir daripada arus kemajuan negara. Banyak potensi golongan ini yang dapat digilap untuk kebaikan negara

(AH).

Mereka ibarat permata yang tersembunyi yang harus digali untuk kebaikan mereka dan negara

(AH).

參考文獻

相關文件

Berdasarkan hasil analisa uji klinis menunjukkan vaksin ini terhadap orang yang menerima uji coba dari remaja usia genap 16 tahun ke atas dan orang dewasa yang telah

Late Hīnayāna Caves of Western India, 1984, Poona.. 'bul)/de snyed kyi ni khri yang 'bul bar byed/ de snyed kyi ni khri'u 'ng 'bul war 'gyur/ gtsug lag khang yang de snyed (P.

恒揚電機技術顧問股份有限公司 Hung Yang Electric Engineering. Consultant

證書 最高學 歷證明 及經歷.

In a nonparametric setting, we discuss identifiability of the conditional and un- conditional survival and hazard functions when the survival times are subject to dependent

We give some numerical results to illustrate that the first pass of Algorithm RRLU(r) fails but the second pass succeeds in revealing the nearly rank

Example 2: CHEN KENGYANG vs CHEN KENG

Department of Computer Science and Information Engineering, Chaoyang University of